Cara bagaimana komputer atau nod-nod disambungkan telah dipiawaikan dan dikenali sebagai topologi. Topologi adalah bentangan fizikal bagi sesuatu. Topologi rangkaian ditakrifkan sebagai bentangan fizikal komputer-komputer, pendawaian dan sumber-sumber serta bagaimana komunikasi di antara satu sama lain.
Topologi rangkaian terdiri daripada dua jenis iaitu
- Topologi fizikal : layout atau susun atur sebenar skima perkabelan yang digunakan dalam rangkaian. Terdiri daripada dua iaitu titik ke titik dan multi titik.
- Topologi logikal : menerangkan bagaimana aliran data menerusi topologi fizikal.
Topologi titik ke titik menyambungkan dua nod secara langsung. Kedua peranti memonopoli medium komunikasi. Contoh : komputer berkomunikasi dengan pencetak menerusi kabel selari (parallel). Topologi multi titik pula menyambungkan tiga atau lebih peranti menerusi medium komunikasi tunggal.
Topologi STAR
- Terdiri daripada satu nod pusat dengan semua pautan bercabang daripadanya ke nod lain dan tiada pautan lain dibenarkan.
- Topologi yang sering digunakan dalam LAN masa kini, kelajuan talian yang sangat tinggi (100Mbps atau sehingga 1 Gbps) bagi setiap saluran switch dan menyokong komunikasi dua hala (full duplex) sepenuhnya.
Topologi Ring
- Terdiri daripada satu bulatan cincin tertutup yang mengandungi semua nod dan pautan, dengan setiap nod hanya dihubungkan kepada dua nod berhampiran.
Topologi BUS
- Semua nod disambungkan ke satu talian tunggal yang dikenali sebagai backbone (tulang belakang).
Topologi Tree
- Terbitan daripada topologi star di mana ia tidak menggunakan satu nod pusat. Daripada satu nod dahan ia berkembang membentuk dahan-dahan lain. Dua jenis topologi tree, pohon binari (setiap nod berpecah kepada dua pautan) dan pohon tulang belakang (tulang belakang utama mempunyai nod-nod cabangan yang berkembang daripadanya).
Topologi Extended Star
- Seperti topologi star kecuali setiap nod yang dihubungkan ke nod pusat, menjadi pusat kepada bintang nod-nod lain.
Topologi Dual Ring
- Ia sama seperti topologi ring kecuali terdapat gelang tambahan yang memautkan nod yang sama. Kedua-dua gelang ini tidak bersambung antara satu sama lain.
Topologi Irregular
- Pautan dan nod tidak mempunyai bentuk atau corak tertentu.
- Pendawaian tidak konsistant, nod mempunyai bilangan pendawaian berbeza. Ini adalah bagaimana pembinaan rangkaian pada tahap awal atau plan yang teruk. NIC tambahan pada sesetengah nod.
Topologi Mesh
- Dalam topologi mesh (serabut) yang lengkap, setiap nod disambung terus ke setiap nod lain dalam rangkaian.
Topologi Cellular
- Terdiri daripada kawasan bulat atau heksagon dan setiap daripada-nya terdapat nod ditengahnya.
- Topologi untuk peranti-peranti tanpa wayar(wireless), seperti handfon, peranti WIFI dan Bluetooth.
Topologi Hybrid
- Dalam rangkaian yang besar, beberapa topologi boleh digabungkan bersama.
Topologi rangkaian LAN untuk pejabat kecil dan juga rumah yang sering digunakan adalah star, tree, extended star, cellular dan hybrid.