Tuesday 5 July 2011

Topologi Rangkaian

Cara bagaimana komputer atau nod-nod disambungkan telah dipiawaikan dan dikenali sebagai topologi. Topologi adalah bentangan fizikal bagi sesuatu. Topologi rangkaian ditakrifkan sebagai bentangan fizikal komputer-komputer, pendawaian dan sumber-sumber serta bagaimana komunikasi di antara satu sama lain.


Topologi rangkaian terdiri daripada dua jenis iaitu
  • Topologi fizikal : layout atau susun atur sebenar skima perkabelan yang digunakan dalam rangkaian. Terdiri daripada dua iaitu titik ke titik dan multi titik.
  • Topologi logikal : menerangkan bagaimana aliran data menerusi topologi fizikal.

Topologi titik ke titik menyambungkan dua nod secara langsung. Kedua peranti memonopoli medium komunikasi. Contoh : komputer berkomunikasi dengan pencetak menerusi kabel selari (parallel). Topologi multi titik pula menyambungkan tiga atau lebih peranti menerusi medium komunikasi tunggal.

Topologi STAR
  • Terdiri daripada satu nod pusat dengan semua pautan bercabang daripadanya ke nod lain dan tiada pautan lain dibenarkan.
  • Topologi yang sering digunakan dalam LAN masa kini, kelajuan talian yang sangat tinggi (100Mbps atau sehingga 1 Gbps) bagi setiap saluran switch dan menyokong komunikasi dua hala (full duplex) sepenuhnya.

Topologi Ring
  • Terdiri daripada satu bulatan cincin tertutup yang mengandungi semua nod dan pautan, dengan setiap nod hanya dihubungkan kepada dua nod berhampiran.


Topologi BUS
  • Semua nod disambungkan ke satu talian tunggal yang dikenali sebagai backbone (tulang belakang).


Topologi Tree
  • Terbitan daripada topologi star di mana ia tidak menggunakan satu nod pusat. Daripada satu nod dahan ia berkembang membentuk dahan-dahan lain. Dua jenis topologi tree, pohon binari (setiap nod berpecah kepada dua pautan) dan pohon tulang belakang (tulang belakang utama mempunyai nod-nod cabangan yang berkembang daripadanya).


Topologi Extended Star
  • Seperti topologi star kecuali setiap nod yang dihubungkan ke nod pusat, menjadi pusat kepada bintang nod-nod lain.


Topologi Dual Ring
  • Ia sama seperti topologi ring kecuali terdapat gelang tambahan yang memautkan nod yang sama. Kedua-dua gelang ini tidak bersambung antara satu sama lain.

Topologi Irregular
  • Pautan dan nod tidak mempunyai bentuk atau corak tertentu.
  • Pendawaian tidak konsistant, nod mempunyai bilangan pendawaian berbeza. Ini adalah bagaimana pembinaan rangkaian pada tahap awal atau plan yang teruk. NIC tambahan pada sesetengah nod.

Topologi Mesh
  • Dalam topologi mesh (serabut) yang lengkap, setiap nod disambung terus ke setiap nod lain dalam rangkaian.

Topologi Cellular
  • Terdiri daripada kawasan bulat atau heksagon dan setiap daripada-nya terdapat nod ditengahnya.
  • Topologi untuk peranti-peranti tanpa wayar(wireless), seperti handfon, peranti WIFI dan Bluetooth.

Topologi Hybrid
  • Dalam rangkaian yang besar, beberapa topologi boleh digabungkan bersama.

Topologi rangkaian LAN untuk pejabat kecil dan juga rumah yang sering digunakan adalah star, tree, extended star, cellular dan hybrid.

No comments:

Post a Comment